Malam-malam kau yang gelap
Sudikah kau biarkan aku bertandang sekejap
Aku datang dengan harapan
Bersamanya aku bawa juga sedikit impian
Biar tidak kelat tujuannya
Malam-malam kau yang sunyi
Bolehkah aku membawa kau ke suatu tempat
Di situ aku akan tebarkan semua cebisan harapan aku terhadap kau
Aku akan cebiskan semua emosi-emosi celaka aku
Di mana setiap emosi itu membuat aku teringat diri kau
Jangan mereput dulu ya sayang.
Aku baru mahu mulakan.
Bismillah.
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU
No comments:
Post a Comment