Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Saturday, September 21, 2013

Selamat Hari Harapan Jauh.

Bagaimana kalau sedikit cerita kita yang pernah kau ludah
Bicara yang selalu kita ketawa bersama kau tinggalkan sudah
Kau tahu bukan gadis.
Terpecahkan langit retak mendung akan aku pedulikan sekiranya kau di sisi

Sekarang
Aku hanya mampu senyumkan derita
Letakkan sebahagian rasa di hujung cerita
Berharap aku adalah suatu hari nanti kita
Kalau aku mampu.

Kau tahu bukan gadis
Ini aku sang derita
dan juga seorang celaka hendak berkata-kata
Pandang aku seketika
Kalau kau mampu.
Kalau kau mahu.

TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

No comments:

Post a Comment