Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Monday, September 23, 2013

Bayangan Sendiri

Kenapa terlalu takut
Takut kepada siapa?

Pandangan orang
Ludah maki manusia
Luahan belakang sekalian pembenci

Kenapa?

Dunia tidak adil?
Tuhan tidak mendengar?
Dunia terlalu mengecam?

Kerana aku

Aku sudah terlalu lali
Benci dan aku sudah sebati
Mari sini semua
Buangkan kebencian kepada aku
Aku terlalu ingin

Kerana dia yang sentiasa bersama aku
Ketika semua meninggalkan aku
Untuk apa aku benci kepada benci



TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

No comments:

Post a Comment