Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Saturday, March 7, 2015

Pintu

kau berharap kau tersesat di dalam sebuah hati yang kau suka
Yang kau harap juga selama-lamanya
Kau rosakkan satu-satunya jalan untuk keluar
Kau tutup dan halang segala jalan untuk masuk
Agar kau terus sesat di dalam itu

Kau percaya di situ ialah kehidupan
dan situ juga kebahagiaan
Bahagia.
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Sampai Bila Bila

Nanti Tuhan tunjukkan sebuah rumah untuk kau letakkan segala-segalanya
Dan segala-galanya juga berubah di kemudiannya

Selepas Tuhan berikan kau sebuah tanggungjawab
Untuk kau berikan segala-galanya kepada dia

Dan segala-galanya untuk dia
Tanggungjawab yang diberi Tuhan
Jangan jaga dengan apa yang mampu
Jaga dengan apa dia perlu
Bukan beri kemewahan
Beri dia kegembiraan
Nescaya dia akan pulangkan kau sesuatu yang lebih berharga
iaitu; kehidupan.
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Pasca

Di dalam beberapa hati yang kau singgah
Kau akan jumpa satu yang buat kau tak nak blah

Jangan tunggu lama lagi
Sampai bila nak kata tiada yang sudi

Seriuskan perasaan 
Tetapkan tujuan
Untuk seorang perempuan
Yang kau akan habiskan
Segala kegembiraaan

Beri segala-galanya
Sudahkan segala bicara
Jangan tunggu lama-lama
Nanti kau juga merana


TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Saturday, December 20, 2014

Manusia Dan Pertanyaan

Manusia bila bertanya dengan kesusahan
Apa yang mereka jumpa hanya kesulitan

Bila bertanya pula dengan kesenangan
Yang mereka temukan ialah impian

Manusia fak-ap dengan istilah
Sebab itu kita sentiasa berserah

Akhirnya cuba cari dan kembali
Kepada yang menghidupkan diri

Bila manusia berbicara pula tentang Tuhan
Nanti penghujungnya sama sahaja persoalan

Manusia fak-ap dengan pertanyaan
Sebab itu kita selalu hilang tujuan

dan tercampak dekat satu penantian
Yang ada satu nyawa dan harapan
untuk teruskan
kehidupan.

TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Tuesday, December 16, 2014

Langit Untuk Manusia Hampa

Ada beberapa tempat di dalam dunia
Untuk kau lepaskan betapa kau hampa
Kau cari mana tempat itu?

Ada beberapa perkara di dalam dunia
Yang buat kau rasa hampa
Kau selalu lupa perkara itu

Ada beberapa orang di dalam dunia
Yang selalu dengan kau masa hampa
Mana orang itu?

Ada beberapa puisi di dalam diri
Yang selalu kau tulis masa kau hampa
dan kau puisi itu

Langit selalu teduhkan kita
Kita yang selalu lupa di mana langit
Langit selalu juga panaskan kita
Masa itu tenung macam kita ada masalah dengan langit

Sudah kau jalan 22 tahun menunduk
Bila kau sudah hilang punca
Pandanglah ke atas dan cari
Sebuah epifani yang tercantum
Dari cebisan untuk teduhkan
Kerana bila kau rendah
Kau akan nampak 
Langit untuk manusia hampa
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Saturday, June 14, 2014

Asal Ada Sudah

Siapa mereka ketika memberi
Siapa kita ketika menerima
Asal tidak cuba lari
Hujungnya nanti tidak beritma

Nafas-nafas kegelapan sudah mula terbit
Mungkin sedikit rasa cukup sempit
Sudah separuh galaksi kata bepusing di orbit
Hilang jumpa di lorang akal sempit


TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Cuba Padam

Siapa yang mencerminkan garis-garis kemanusiaan
Bila masa mereka menghancurkan nafas-nafas kemaafan
Lalu ditelan semua sangkut paut dunia bersama sedetik nafsu kehancuran
Dari sebenar-benar diri yang mencari erti-erti penghujung masihi

Benar kata mereka tentang teori-teori penindasan
Yang dimana kapitalis dan sang penjuang bersatu mengelak penghinaan
Dan menjadi satu mencegah kecelakaan

Siapa yang memberi?
Mana pula yang menerima?
Siapa di antara mereka yang menyesatkan sesama mereka
Keluarlah, walaupun untuk sesaat kegelapan
Cahaya yang sudah padam hampir hancur kerana kerenah si pengejar kekuasaan
Walaupun yang dijawab nanti hanya entah tidak tahu maafkan kesilapan

Siapa yang membenci?
Siapa pula yang mengasihi?
Mana entah bait-bait kata kebangkitan
Sewaktu semua manusia hanya mencari kekayaan
Tanpa sedar satu hari itu semua penyesalan

Jangan ditanya tentang tangan yang memberi
Tetapi siapa kita ketika menerima
Mana tahu, kau cuma diri kau yang satu itu
Yang asalnya bodoh yang tahu cuma satu
Nafsu dan airmata palsu
Kaya dan cuba-cuba tipu

Kerana akhirnya semua hanya jiwa yang memberontak
Siapa sangka hujungnya
Ada satu
iaitu
Nafas yang jujur serta kata-kata yang separa tipu
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU