Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Saturday, September 21, 2013

Kronologi Pop Derita

Pagi semalam
Sepertinya langit berwarna jingga
Nafas terbang bersama impian kecil kita gadis
Luahan derita kita sepertinya turut terbang bersama
Sewaktu aku sedang merangkul kau yang sakit menderita
Aku hanya mampu menghulur senyum bicara hambar aku

Malam semalam
Aku masih di situ
Berteman lagu yang membuat kita rasa saling memerlukan
Aku memeluk erat setiap memori kita
Dengan harapan aku mampu mengikis rasa rindu

Malam ini
Kalau mampu aku nyanyikan
Sebuah lagu yang kau suka
Agar kau bahagia gembira selamanya

Kalau aku mampu, aku mahu.
Kau. Di situ.
Bersama aku
Menyanyikan lagu cerita kita
Kalau aku mampu.

TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

No comments:

Post a Comment