Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Saturday, June 14, 2014

Cuba Padam

Siapa yang mencerminkan garis-garis kemanusiaan
Bila masa mereka menghancurkan nafas-nafas kemaafan
Lalu ditelan semua sangkut paut dunia bersama sedetik nafsu kehancuran
Dari sebenar-benar diri yang mencari erti-erti penghujung masihi

Benar kata mereka tentang teori-teori penindasan
Yang dimana kapitalis dan sang penjuang bersatu mengelak penghinaan
Dan menjadi satu mencegah kecelakaan

Siapa yang memberi?
Mana pula yang menerima?
Siapa di antara mereka yang menyesatkan sesama mereka
Keluarlah, walaupun untuk sesaat kegelapan
Cahaya yang sudah padam hampir hancur kerana kerenah si pengejar kekuasaan
Walaupun yang dijawab nanti hanya entah tidak tahu maafkan kesilapan

Siapa yang membenci?
Siapa pula yang mengasihi?
Mana entah bait-bait kata kebangkitan
Sewaktu semua manusia hanya mencari kekayaan
Tanpa sedar satu hari itu semua penyesalan

Jangan ditanya tentang tangan yang memberi
Tetapi siapa kita ketika menerima
Mana tahu, kau cuma diri kau yang satu itu
Yang asalnya bodoh yang tahu cuma satu
Nafsu dan airmata palsu
Kaya dan cuba-cuba tipu

Kerana akhirnya semua hanya jiwa yang memberontak
Siapa sangka hujungnya
Ada satu
iaitu
Nafas yang jujur serta kata-kata yang separa tipu
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

No comments:

Post a Comment