Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Tuesday, December 16, 2014

Langit Untuk Manusia Hampa

Ada beberapa tempat di dalam dunia
Untuk kau lepaskan betapa kau hampa
Kau cari mana tempat itu?

Ada beberapa perkara di dalam dunia
Yang buat kau rasa hampa
Kau selalu lupa perkara itu

Ada beberapa orang di dalam dunia
Yang selalu dengan kau masa hampa
Mana orang itu?

Ada beberapa puisi di dalam diri
Yang selalu kau tulis masa kau hampa
dan kau puisi itu

Langit selalu teduhkan kita
Kita yang selalu lupa di mana langit
Langit selalu juga panaskan kita
Masa itu tenung macam kita ada masalah dengan langit

Sudah kau jalan 22 tahun menunduk
Bila kau sudah hilang punca
Pandanglah ke atas dan cari
Sebuah epifani yang tercantum
Dari cebisan untuk teduhkan
Kerana bila kau rendah
Kau akan nampak 
Langit untuk manusia hampa
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

No comments:

Post a Comment