Manusia bila bertanya dengan kesusahan
Apa yang mereka jumpa hanya kesulitan
Bila bertanya pula dengan kesenangan
Yang mereka temukan ialah impian
Manusia fak-ap dengan istilah
Sebab itu kita sentiasa berserah
Akhirnya cuba cari dan kembali
Kepada yang menghidupkan diri
Bila manusia berbicara pula tentang Tuhan
Nanti penghujungnya sama sahaja persoalan
Manusia fak-ap dengan pertanyaan
Sebab itu kita selalu hilang tujuan
dan tercampak dekat satu penantian
Yang ada satu nyawa dan harapan
untuk teruskan
kehidupan.
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU
No comments:
Post a Comment