Semoga tidak ditelan rasa-rasa yang merosakkan akal
Semoga hari ini aku lebih tahu semua tentang diri aku
Semoga esok datang dengan takdir yang sedikit indah
Semoga aku lebih faham tentang aku
Semoga tidak rosak dimamah oleh pendirian sendiri
Semoga mereka lebih tahu tentang mereka
Semoga juga aku manusia yang sebelum manusia
Semoga kita mampu memberi senyum tanpa faham siapa kita
Semoga perasaan-perasaan yang menghancurkan itu penyedaran
Semoga kita tahu kenapa kita ialah kita
Semoga hari-hari yang hadir diizinkan tuhan untuk aku merasa
Semoga impian itu bukan penyesalan
Semoga penyesalan itu bukan titik hitam
Semoga terus berdiri
Semga terus bermimpi
Tentang apa yang dikejar
Tentang apa yang diharap
Tentang segala macam ketakutan
Tentang segala kebodohan dari segi macam akal
Selamat hari lahir Akid. Teruskan hidup dan menjadi manusia.
Kau mampu
Kau tahu.
Kamar Gelap/30Disember/PuncakPerdana
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU
No comments:
Post a Comment