Cerita manusia mana pernah lengkap tanpa kata-kata
Susunan aksara yang mampu membahagiakan dan mampu juga mengecewakan
Manusia kadang kala keliru sehingga buta
Kerana sususan kata yang menutup segenap kesedihan
Kita lupa, kadang-kadang mimpi indah itu bukan untuk selama-lamanya
Kerana bahagia itu bukan sekadar kegembiraan dan senyuman sahaja
Kita lupa.
Kenapa hendak suarakan rasa sayang
Kalau akhirnya nanti kau hanya bercinta dengan bayang-bayang.
No comments:
Post a Comment