Kau duduk di ruang tamu
Nikotin dinyalakan
Usai hembusan pertama dihembus
Segala memori-meori pahit kau datang mengetuk pintu
Masalah-masalah lepas yang sudah selesai menyelinap masuk daripada tingkap
Sunyi tiba-tiba datang dari belakang seperti seolah-olah bersedia memeluk kau
"Siapa kamu semua?"
"Kami sebahagian diri kau yang telah kau buang ketika kebahagiaan datang dalam hidup kau. Kami semua terlalu rindukan kau. Boleh kami lepak bersama dengan kau malam ini?"
"Boleh. Sebentar ya aku buatkan kopi untuk kamu semua"
Tiba-tiba datang satu suara dari kamar gelap di belakang rumah
"Tunggu aku, aku mahu juga lepak bersama"
"Kau?"
"Aku Sang Derita. Mana lengkap cerita kita kalau aku tiada lepak bersama. Kopi itu kalau boleh kurangkan manis ya"
Nice! - pan
ReplyDeleteterima kasih!
ReplyDelete