Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Thursday, September 26, 2013

Puisi Hipster Untuk Jenny

Dunia sedang menangis bersama aku
Walaupun hanya sebahagian kecil darinya
Walaupun hanya setitis simpati yang disampaikannya

Kebebasan sedang menendang aku
Walaupun aku sudah lama jatuh tergolek
Walaupun begitu masih aku dipijak

Memori-memori gila
Khayalan-khayalan yang rosak
Sudah terlalu sebati
Sehingga aku rasa itu semua sebahagian deria

Buat si diri yang masih berdiri
Kuatkan pasakmu
Bebaskan segala agonimu
Kerana
Esok masih datang lagi
Meminta kau untuk terjatuh lagi.
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

No comments:

Post a Comment