Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Friday, September 6, 2013

Surat rabak buat gadis separa dewasa

Dalam setiap malam yang seperti malam sebelum kelam

Kau hembuskan kata-kata sebaris derita yang tidak mampu kau cerita

Kau gunakan air mata perempuan untuk tangiskan simpati seolah-olah kau sudah mati

Tetapi apa yang sudah mati ialah aku punya jiwa dan hati

Dan setiap deritamu aku rangkul

Dan setiap tangismu aku menghulur bahu

Dan setiap sakitmu aku bersama kau selalu..sentiasa..

Mana hilang jiwa?

Sudah kau ambil kau pijak kau buang setiap satu

Saat aku paling aku rindu. Saat aku paling perlu.

Kau. Di situ.


TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

1 comment: