Bersama rindu aku sisipkan derita
Terbang bersamanya helaian memori kita Jenny
Memori gila yang fizikalnya membuat kita hilang
Hilang sehingga kita rasa kewujudan kita tiada tujuan
Kita tempatkan segala rasa yang kita pendam di kebencian manusia
Kita sudah terlalu biasa agony yang datang dari caci maki manusia lain
Jenny aku harap kau faham
Antara kau dan aku hanya seorang sahaja yang hidup di dalam realiti
Imaginasi realiti?
Realiti imaginasi
Kau tetap my baby punk girl
Yang akan muncul setiap kali aku putarkan lagu The ramones
Yang akan memberontak setiap kali aku dengar Sex Pistols
Yang akan menentang segala kebodohan setiap kali aku dengar Anti-Flag
Sabar ya Jenny
Aku akan tunggu kau menjadi realiti.
TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU
No comments:
Post a Comment