Izinkan aku menjual sedikit kata-kata tentang hidup.tentang rasa.tentang jiwa.semoga

Tuesday, April 29, 2014

Semoga hari yang datang itu ada ceritanya
Tidaklah aku mengharap yang gembira
Tetapi cukuplah ada kau di dalamnya

Kalau esok aku boleh berdiri lagi
Aku tidak akan biarkan kau menangis seorang diri


TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU
Kau tahu buku
Aku sudah penat membaca sekali lalu

Kalau kau baca ini
Aku akan cuba semampu aku
Untuk tampal buku baru kat belakang
Ingat lagi? Macam sekolah rendah dulu
Cuma kali ini bezanya. Kawan sekolah tak boleh pinjam bawak balik.
Aku sanggup kongsi tentang apa di dalamnya tapi. TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Sunday, February 16, 2014

Persona Gadis Ultra Bahagia

Dan kau bawakan senyuman seindah diri kau
Ketika aku ranap ditelan silam
Hampir pasrah pergi mungkin
Tapi kau patahkan segala kerisauan

Mungkin aku hanya menelan cerita bahagia sahaja
Apa kisah
Esok teruskan hidup sahaja
Bernafas dan berbahagia
Sementara masih ada

TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Monday, February 10, 2014

Jenny, Langit dan Terbang

Tentang kau, tiada apa yang lebih bermakna daripada kegembiraan dan senyuman kau.
Terlalu indah Jenny.
Terlalu gembira melihat kau terbang bersama apa yang kau mahu.
Tetapi di pertengahannya kau kelihatan penat
Kau biarkan orang lain tentukan apa yang kau patut lakukan.
Kau biarkan orang lain beritahu kau tidak sehebat impian kau.

Jenny,
Kau ingat tak
Ada suatu malam kau cakap tidak pernah kau terima kata-kata seindah itu.
Kau tahu Jenny
Hendak sahaja aku cakap tidak pernah aku rasa orang menghargai tulisan aku macam kau buat
Kau cakap kau ada impian ketika itu
Tetapi kau tidak mahu bersendirian ketika kau sudah di atas sana terbang
Impian kau hidup kau pilihan kau Jenny
Bukan orang lain

Biar orang jadi orang
Asalkan kau menjadi kau
Kau lebih hebat dari apa yang kau tahu Jenny

TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Semua akan aman

Jangan pernah habis percaya kepada diri sendiri
Dia juga yang berdiri untuk kau ketika tiada manusia lain yang merangkul jatuh kau
Semasa jiwa kau lumpuh menghadap manusia
Diri kau sendiri juga yang tenang dan bisik kepada kau

"Semua akan aman"

Tiada kata-kata yang seindah hebat diberi olehnya
Tetapi pasak dia yang sentiasa teguh untuk diri kau cukup dari segalanya

TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Friday, January 17, 2014

Jenny, Poetry dan Sedikit Memori

 Jenny, kau ingat tak? Dulu aku pernah tanya kau. "Kenapa kau pilih aku untuk isi ruang bahagia hidup kau".

Kau diam. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut kau.

Aku tanya lagi "Kenapa aku terlalu takut dan paranoid tentang kau. Sehingga aku tidak mampu kawal keresahan dalam jiwa aku bila aku risaukan kau."

Kau jawab. Mungkin itu hanya aku.

Jenny kau ingat tak. Ada suatu malam aku rasa jiwa aku terlalu dekat dengan diri kau sehingga aku lupa siapa diri aku. Malam itu terlalu abstrak apa yang aku rasa tentang kau. Waktu yang berlalu aku rasakan terlalu laju malamitu untuk aku kumpul setiap nafas gembiranya. Sehingga aku rasa dunia terlalu penuh rasa cinta malam itu. Kau ingat?

Kadangkala aku lupa Jenny, Sedalam mana kita pergi tentang apa yang kita rasa antara kita. Kita tetap manusia yang terlalu bodoh tentang diri masing-masing.

Mana boleh aku lupa semua, Aku manusia yang hidup dengan memori. Dengan memori juga aku mati nanti. Dan memori juga yang aku akan tinggalkan bila aku sudah tiada.

Memori tentang kau terlalu abstrak Jenny. Cuma aku sahaja yang gila mencebiskannya menjadi ruang bahagia. Tiada kau cuma aku.

Jenny.
Kau poetry bahagia aku
Kau poetry derita aku
Hidup diteruskan tetapi apa yang indah jangan dihapuskan.
Hiduplah dengannya agar kau tahu siapa aku di kemudiannya
dan kau tahu apa yang sudah kau tinggalkan. TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU

Monday, December 30, 2013

Malam Semalam

Malam semalam aku datang lagi
Bersamanya ada sedikit kegembiraan
Yang aku simpan buat kau
Tanpa kira apa yang aku tanggung

Malam semalam aku datang lagi
Aku mengharap hidup adil dengan aku
Supaya sakit yang kau tanggung aku mampu rasa
Tidak pula aku kisah apa yang ada di bahu aku

Malam semalam aku datang lagi
Dengan gitar, lirik dan suara yang sumbang
Mengharap aku mampu buat kau tersenyum
Mana ada aku harap apa-apa kecuali senyuman kau

Malam semalam aku datang lagi
Datang aku bersama sedikit hasrat
Hasrat untuk melihat kau terbang di atas sana
Cukuplah sekadar aku melihat kau dari bawah

Malam semalam aku datang lagi
Bersama jasad separa hidup
Mengharap masih boleh melihat kau
Terbang di atas sana tersenyum gembira TERIMA KASIH KERANA LIKE.SETIAP LIKE MEMBUATKAN AKU TERHARU